Berita Hari Ini

MH370: Hari akhir waris kemuka tuntutan

KUALA LUMPUR: Waris mangsa nahas pesawat MH370 perlu menyelesaikan tuntutan pampasan insurans hari ini, atau kehilangan hak berbuat demikian, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, ia berdasarkan Konvensyen Montreal yang hanya memberi tempoh maksimum dua tahunkepada mana-mana waris mangsa nahas pesawat untuk menyelesaikan sebarang tuntutan pampasan.

“Itulah sebabnya kenapa sebelum tempoh dua tahun itu berakhir, kami membuat panggilan kepada waris mangsa untuk segera membuat tuntutan pampasan.

“Asalkan mereka buat tuntutan hari ini, kami akan berusaha untuk menyelsaikan pampasan dan saya sudah arahkan MAS (Malaysia Airlines) menjaga waris serta menyelesaikan tuntutan pampasan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Tiong Lai berkata, kerajaan kekal komited meneruskan pencarian pesawat malang itu dan berharap dapat meliputi kawasan 120,000 kilometer persegi sebelum Jun ini.

“Ingatan dan doa kami sentiasa untuk keluarga mangsa, dalam tempoh dua tahun ini, kami tidak pernah berputus asa dan akan meneruskan komitmen kami,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");