Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Ada Hak Rujuk Isu Penggantungan Jawatan Pada ROS

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai hak untuk merujuk penggantungan jawatannya selaku Timbalan Presiden UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau turut menegaskan  bahawa apa yang dilakukan oleh kepemimpinan parti adalah untuk memperkukuhkan UMNO.

“Secara peribadi, saya sudah alami pada tahun 2008 (Barisan Nasional (BN) tewas di Kedah).

“Apabila kita tidak boleh bekerjasama sesama kita, rakyat akan buat keputusan,” katanya memetik sumber Berita harian.

Mahdzir juga menegaskan bahawa perbezaan pendapat dalam parti adalah perkara biasa, tetapi pihak terbabit disaran supaya mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kita boleh berbincang, bersemuka. Sekiranya sudah tidak boleh, kita kena hadapi (akibatnya). Ini dunia politik,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu sidang media khas hari ini telah memaklumkan bahawa beliau akan merujuk dan menghantar surat kepada ROS mengenai penggantungan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");