Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Diminta Buang Ego, Bertaubat

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta untuk membuang ego beliau serta segera bertaubat dan kembali kepada UMNO bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap parti.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, sekiranya Muhyiddin berasakan perkara itu sukar dilakukan, adalah lebih baik Muhyiddin meninggalkan UMNO.

“Buanglah sikap ego Tan Sri dan kembali bantu pulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan bukan berpakat dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Namun sekiranya Tan Sri merasakan terbeban dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak dalam UMNO, adalah lebih baik Tan Sri tinggalkan UMNO,”katanya, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kehadiran Muhyiddin ke majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengutuk sekeras-kerasnya kehadiran Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kerana telah bekerjasama dengan pembangkang.

“Lebih memeranjatkan, pemimpin yang acapkali melaung-laungkan perjuangan atas nama Melayu dan sayangkan UMNO telah memeterai kesepakatan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak,”ujarnya.

Beliau turut menyifatkan persepakatan yang diketuai oleh Tun Mahathir itu bagaikan sebuah gerakan yang terdesak dimana terpaksa bergantung harap dengan musuh politik utama hanya kerana untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah.

Ujarnya lagi, rakyat pada ketika ini semakin bijak menilai perancangan jahat dari pemimpin yang seharusnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada generasi yang akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");