Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Disyaki Terlibat Konspirasi Jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disyaki antara yang terlibat didalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak setahun lalu.

Katanya, perkara tersebut dapat dilihat ketika Muhyiddin masih memegang jawatan tersebut telah bertemu dengan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail menjadi bukti bahawa kedua-dua individu itu bekerjasama untuk menjatuhkan Najib menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain Muhyiddin dan Abdul Gani, terdapat beberapa lagi individu turut menyertai gerakan untuk menjatuhkan Najib.

“Saya hairan juga bagaimana seorang TPM boleh panggil Peguam Negara (untuk bertemu). Sebenarnya beliau tak boleh buat demikian. Kalau sekalipun dia nak berbuat demikian, dia kena panggil Jemaah Menteri.

“Ya, dari situ sepertimana (Datuk Seri) Azalina Othman sebut, ada tanda konspirasi,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, berikutan Muhyiddin digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin mendakwa, Abdul Gani telah menunjukkan bukti kepada beliau, sewaktu mereka berdua masih di dalam jawatan, terdapat salah laku jenayah melibatkan dana yang disalurkan daripada SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB ketika itu, ke dalam akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Azalina sebelum ini juga dilaporkan berkata, pendedahan yang dilakukan oleh Muhyiddin berkaitan pertemuannya dengan Abdul Gani itu merupakan bukti terdapat satu konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Najib secara tidak demokratik.

Sementara itu, Nazri berkata, pertemuan Muhyiddin dengan Abdul Gani tidak boleh dianggap sebagai bukti kerana ia tidak dibawa ke mahkamah dan ianya adalah berdasarkan kepada siasatan yang sedang dijalankan.

Dakwa Nazri lagi, langkah yang diambil itu merupakan rancangan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri dan merekrut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

Tambah beliau lagi, mereka juga turut berhasrat untuk mendapatkan sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Kata Nazri, Shafie akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Muhyiddin berjaya ‘menjatuhkan’ Najib d dalam kerajaan.

Jelasnya lagi, Shafie ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi hasratnya terhalang kerana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai jawatan yang lebih kanan di dalam hierarki parti.

Katanya, Muhyiddin menolak peluang untuk membantu Najib bagi menjelaskan isu 1MDB kerana ‘tidak gembira’ dengan sokongan yang diterima oleh Najib.

“Satu ketika, saya nak cerita, saya tak peduli. Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan kita tambahkan konsistensi dalam jawapan sebab (isu itu) kompleks, jadi Shabery Cheek cadangkan Muhyiddin.

“Patut sebagai orang nombor dua, dia ambillah tanggungjawab tu. Jadi kita pun terkejut (bila dia tolak,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");