Panasnya Hari Ini

Muhyiddin, Mukhriz Dicabar Bertanding Calon Bebas Pada PRU-14

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya cabar mereka untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai calon bebas. Jika mereka fikir mereka sangat berpengaruh, maka bertandinglah sebagai calon bebas,” katanya memetik sumber The Star Online.

Ujarnya, Mukhriz dan Muhyiddin disifatkannya  tidak mempunyai karisma untuk terus hidup dalam politik mereka sendiri.

“Lihatlah Mukhriz dan Muhyiddin. Mereka tidak mempunyai karisma dan tiada aura.

“Kedua-dua mereka tidak mampu menarik generasi tua mahupun golongan muda,” katanya.

Tambahnya lagi, Muhyiddin dan Mukhriz boleh bertanding sebagai calon bebas di kerusi pilihan mereka.

“Mereka tidak perlu pergi ke tempat lain, hanya bertanding di kawasan mereka sendiri di Pagoh dan Ayer Hitam, kubu kuat mereka. Jika tidak, mereka boleh mencabar saya di kawasan saya,” katanya.

Tambahnya lagi, biarpun menjadi orang yang berpengaruh ia tidak bermaksud bahawa pihak tersebut boleh melakukan apa sahaja yang melanggar displin parti.

“Menjadi orang yang berpengaruh tidak bermaksud anda boleh melakukan apa yang anda suka dan melanggar disiplin parti.

“Apabila anda tidak lagi bersama parti, anda tidak akan mendapat sokongan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");