Panasnya Hari Ini

Muhyiddin, Mukhriz Perlu Disingkirkan – Nazri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu disingkirkan daripada UMNO kerana telah bertindak melampaui batas.

Beliau berkata, tindakan tersebut merupakan jalan yang terbaik di atas tuduhan melanggar disiplin parti.

“Kami perlu berbincang semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang. Sudah tentu pendapat peribadi saya adalah untuk memastikan mereka keluar.

“Sama seperti bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyingkirkan dua wakil rakyat yang tidak mengundi resolusi menentang UMNO di Dewan Undangan Negeri. Kami akan mengikuti gaya mereka,”ujarnya, lapor mstar.

Nazri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau merupakan individu yang mempertahankan Muhyiddin daripada dipecat tetapi kini pendiriannya berubah dan beliau berpendapat bahawa Muhyiddin perlu disingkirkan.

“Sebelum ini beliau mengkritik dalam lingkungan parti…tapi sekarang beliau sudah melampaui batas, duduk dengan pembangkang,”ujarnya.

Tambah Menteri Pelancongan itu lagi, proses penyingkiran Muhyiddin dan Mukhriz tidak akan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana terdapat prosedur yang perlu diikuti.

Sementara itu, Nazri turut membidas kenyataan Mukhriz yang mendakwa bahawa pengisytiharan ‘Selamatkan Malaysia’ hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya UMNO.

Nazri berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Kedah itu adalah tidak logik.

“Seluruh UMNO menyokong Najib, jadi bagaimana beliau boleh mengatakan bahawa ia tidak menjatuhkan UMNO?

“Tak ada logik. Lebih-lebih lagi perjanjian itu juga menuntut supaya semua orang yang bersama-sama dengan Najib perlu dijatuhkan, jadi secara automatik bermakna ia adalah untuk menjatuhkan UMNO,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");