Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Patut Masuk ‘Group’ Yang Nak Menang – Zaid Ibrahim

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu masuk ke kumpulan yang lain kerana UMNO kini dilihat sebuah parti yang akan kalah.

Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ianya akan ‘menghairankan’ sekiranya Muhyiddin masih kekal di dalam UMNO setelah apa yang telah dilakukan terhadapnya.

Jelasnya lagi, UMNO kini dilihat sudah tidak mempunyai masa depan.

“Semua orang ada pendekatan sendiri. Jangan kata Tan Sri Muhyiddin tidak akan bertindak (selepas digantung sebagai Timbalan Presiden).

“UMNO ini parti nak kalah dah. Jadi tak masuk akal kalau kita nak kekal dalam parti yang nak kalah. Dia (Muhyiddin) patut masuk ‘group’ yang nak menang,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau juga percaya, Muhyiddin akan bersama-sama dengan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, Muhyiddin yang baru tiba dari luar negara semalam memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang media, pada Khamis, bagi menjawab segala persoalan berkaitan penggantungannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah mengumumkan keluar UMNO pada 29 Februari lalu.

Sementara itu, Zaid juga berkata, UMNO kini hanya boleh bergantung kepada undang-undang untuk mempertahankan diri.

“Masa depan UMNO macam sekaranglah, tangkap sana tangkap sini. Itu sahaja nyawa yang masih ada.

“Jika UMNO ada masa depan,bermakna kita (rakyat) tiada masa depan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");