Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Perlu Buat Pendirian Dengan Betul- Zahid

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi saranan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin terus setia bersama parti seperti ditegasnya dahulu apabila menyatakan dirinya sebagai ‘totok UMNO’.

Ujarnya, Muhyiddin pernah menggelarkan dirinya sebagai totok UMNO semasa menyampaikan ucapannya sebelum ini.

“Saya ingin rujuk dalam ucapan beliau bahawa beliau UMNO totok dan sebagai ahli totok, seharusnya beliau tetap bersama kami,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Tambahnya lagi, Muhyiddin perlu membuat pendirian dengan betul dan bukan berdasarkan emosi semata-mata.

“Sebarang keputusan perlu dibuat untuk kepentingan parti daripada membuat keputusan yang berada dalam keadaan kesedihan atau kemarahan.

“Tan Sri Muhyiddin walaupun bukan Timbalan Presiden tetapi beliau masih Ketua UMNO Pagoh dan keahlian beliau tidak terjejas. Saya setuju apa yang dikatakan beliau bahawa beliau masih ahli UMNO,” ujar beliau.

Muhyiddin dijangka menyatakan pendiriannya mengenai parti itu hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");