Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Tak Gentar Ancaman Ku Nan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa beliau tidak gentar dengan amaran yang diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berhubung kemungkinan beliau akan dibuang parti jika terus bersuara.

Muhyiddin turut menegaskan beliau akan bersuara dengan lebih lantang selepas ini atas amanah yang diberikan kepadanya.

“Berhubung dengan amaran Setiausaha Agung, saya tidak takut dengan ancaman sebegitu.

“Perjuangan masih belum selesai..walaupun saya kekal (dalam UMNO), saya akan terus bersuara, malah dengan lebih lantang,” katanya pada sidang media khas hari ini memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya lagi, segala kritikan disuarakan sebelum ini hanya untuk menyelamatkan parti itu daripada ditinggalkan rakyat.

“Majlis Tertinggi tidak bersuara, Lembaga Disiplin tidak panggil? Siapa yang lebih banyak buat kesalahan?” katanya lagi.

Terdahulu, Tengku Adnan dilaporkan berkata bahawa “tidak mustahil” bagi Lembaga Disiplin UMNO untuk memecat Muhyiddin daripada parti itu jika beliau terusan mengkritik Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");