Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Tolak Tawaran Jawatan, Enggan Korban Prinsip Dan Maruah

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa beliau ditawarkan jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), namun bertindak menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu mengorbankan prinsip perjuangannya.

Ujarnya, penolakan tawaran itu kerana ia melibatkan maruah dirinya sendiri.

Beliau mendedahkan perkara tersebut ketika berucap pada Program Bicara Rakyat, Polemik Politik Masa Kini ke Manakah Arah Kita?, anjuran Gerakan Anak Muda Tenggara (Gamat) di Dewan Sri Teratai Kampung Batu 4, kelmarin.

Beliau sambil bergurau, membayangkan di depannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadap dan menyembah, selain turut merasa dirinya ‘agak bodoh’ kerana tidak menerima jawatan tersebut.

Tambahnya, perkara yang dibincangkan bukan soal tawaran jawatan, sebaliknya apa yang dipersoalkan tentang Kabinet dan beliau perlu menolak tawaran tersebut.

“Saya cakap saya minta maaf, ini bukan soal tawaran jawatan tetapi kita bicarakan soal Kabinet. Ini maruah saya. Saya tidak boleh korbankan prinsip perjuangan saya walaupun ada tawaran jawatan,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Tambahnya lagi, kehadirannya adalah bertujuan menyatakan sesuatu yang penting supaya orang ramai memahami dan menyedari apa yang dihadapi ketika ini.

Beliau juga merasakan bahawa rakyat masih keliru, selain pihak kepimpinan negara yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menceritakan hal sebenar yang berlaku.

“Situasi pemikiran sebegitu bahaya sebab kita tafsirkan tentang apa yang berlaku mengikut kefahaman masing-masing, umpama belajar tanpa guru, itu bahaya.

“Apabila peristiwa-peristiwa melanda negara sampai ke tahap kritikal, kalau kita masih tak fahami punca dan cari penyelesaian, maka rosak minda kita, sedangkan kita tahu Malaysia sudah dibangunkan bertahun lamanya, malah di Johor mulanya Umno,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");