Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Tolak Tawaran Jawatan: Hishammuddin Ucap Tahniah Dan Takziah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengucap tahniah kepada Tan Sri Muhyddin Yassin kerana pernah ditawarkan jawatan Yang Dipertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Bagaimanapun beliau turut mengucapkan takziah kepada Muhyiddin bertindak menolak tawaran kedua-duanya jawatan itu.

“(Tentang) Tawaran saya ucap tahniah, penolakan saya ucap takziah,” katanya ketika diminta mengulas tawaran jawatan yang didedahkan oleh Muhyiddin di Kota Tinggi, baru-baru ini.

Muhyiddin dalam satu ceramah pada 21 Mac lalu, mendedahkan beliau menolak tawaran itu kerana tidak mahu mempersiakan prinsip perjuangan dan tidak mahu dianggap ‘makan dedak’ (mudah dibeli).

Beliau pada masa yang sama menegaskan bahawa enggan melayan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM2.6 billion kerana mendakwa Datuk Seri Najib Razak menyalahguna kuasa.

“Yang paling baik adalah terus melihat ke hadapan. Kalau terus dilayan, tak jadi kerja kita.

“Yang penting kita sediakan perancangan dan telus dengan rakyat. Akhirnya rakyat boleh nilai sendiri siapa yang betul-betul ikhlas (bantu takyat) dan apa tujuan pihak tertentu mencari hal dengan kita,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");