Panasnya Hari Ini

Mukhriz Dakwa Najib Berbohong Pulangkan Duit Derma

KUALA LUMPUR:Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila mengaku memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Ujarnya, Najib pernah mengaku pada mesyuarat UMNO bahawa beliau telah membelanjakan RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“RM2.6 bilion yang dia (Najib) terima katanya dari derma Arab. Kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik dekat Arab itu?

“Daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda itu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka-angka ini semua tak betul.

“Bohong punya bohong. Sudah jadi bertimbun-bertimbun, kita pun sudah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100 peratus tidak betul,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Ujarnya lagi, walaupun Najib membelanjakan duit yang banyak namun keputusan PRU13 didapati lebih teruk berbanding PRU12.

“Saya terkejut bila saya dengar Presiden kata begitu, sebab saya kata RM1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi Parlimen? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12.

“Saya duk (duduk) fikir balik, RM1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tidak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan. Dulu-dulu kita tidak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang dua per tiga,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau juga telah dimarahi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana membangkitkan perkara itu.

“You tahu apa, you orang muda lagi,” kata Tengku Adnan.

“Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah. Kita telah menyumbang daripada empat kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada PAS. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan UMNO Kedah,”balas Mukhriz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");