Panasnya Hari Ini

“Mukhriz Hanya ADUN Tidak Boleh Dilantik Jadi PM”

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Mukhriz Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri sedangkan beliau hanya menggalas tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Bagaimana Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu jadi Perdana Menteri sedangkan beliau hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)? soalnya.

Pertanyaan sindiran itu dilontarkan susulan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa serangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Ujarnya, serangan terhadap bekas Perdana Menteri itu disifatkan sebagai tidak masuk akal dan lebih bertujuan untuk membodek Datuk Seri Najib Razak.

“Semua tahu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, seseorang itu mesti dipilih daripada kalangan anggota Parlimen, bukan ADUN.

“Ini buat kenyataan memalukan orang yang ada ijazah doktor falsafah (PhD). Kenyataan Puad sudah macam tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya, jika Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri, Mukhriz masih tidak boleh dilantik kerana beliau hanyalah seorang ADUN.

“Mukhriz atas sifat sebagai ADUN hanya boleh menjadi Menteri Besar atau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk menjadi Menteri atau pun Timbalan Menteri sahaja. Kecualilah kalau bubar Parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang.

“Jangan sampai pegawai JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) bawah pun gelak dan jangan sampai Afdlin Shauki panggil buat skrin test (uji bakat) cari pelawak baharu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");