Panasnya Hari Ini

Mukhriz Minta Peluang Bela Diri Sebelum Dipecat

KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta agar diberikan ruang untuk membela diri sebelum sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap dirinya dan Timbalan Presiden yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Majlis Tertinggi Umno.

Permintaan itu ditegaskan olehnya kerana beliau merasakan berkemungkinan bakal dipecat disebabkan kelantangan mengkritik kepimpinan tertinggi parti.

Memetik laporan The RakyatPost.my, Mukhriz dilaporkan berkata beliau reda sekiranya dipecat tetapi mahu apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno perlulah berdasarkan kepada lunas-lunas perlembagaan parti.

“Saya harap mereka akan guna perlembagaan, tidak ambil tindakan sewenang-wenangnya.

“Maksudnya kena ada siasatan oleh lembaga disiplin, kami diberi tunjuk sebab mungkin, diberi ruang untuk membela diri dan tidak hanya mengambil tindakan pecat tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan parti,” katanya kepada portal itu, ketika ditemui di program Santai Malam Kumpulan Melayu Berani Bersatu bersama Mukhriz di Istana Bambu, Ampang.

Terdahulu usul pemecatan kedua-dua pemimpin Umno itu sebelum ini disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyifatkan tindakan Muhyiddin dan Mukhriz sudah melampaui batas kerana didakwa menjadi sebahagian daripada komplot menyingkirkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut mengakui parti itu menerima desakkan daripada akar umbi untuk segera merujuk tindakan Muhyiddin dan Mukhriz kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat Umno walaupun banyak laporan diterima parti tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");