Panasnya Hari Ini

Musuh Negara Yang Sebenar Adalah Najib – Anina Saadudin

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah musuh negara yang sebenar, bukannya pembangkang.

Oleh itu, Anina berkata, rakyat perlu menghormati perjuangan pembangkang yang ingin menyelamatkan negara ini bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada terus ditadbir oleh Najib.

“Semua rakyat Malaysia sayangkan Malaysia. Kerana itulah parti pembangkang memperjuangkan ideologi politik mereka di bumi Malaysia kerana itu pegangan mereka.

“Kita perlu hormati pegangan parti pembangkang dengan politik yang matang, bersih, jujur, ikhlas, adil dan saksama.

“Musuh nyata rakyat Malaysia adalah Najib Razak kerana Najib telah mencuri wang negara. Najib juga telah mencuri masa depan anak cucu rakyat Malaysia,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Anina berkata, tindakan mencuri wang negara adalah antara punca utama yang telah menyebabkan kehidupan rakyat semakin susah.

Selain itu, kata Anina lagi, rakyat juga perlu menanggung kos sara hidup yang meningkat akibat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan penghapusan subsidi.

Anina juga dilaporkan berkata, tindakan Tun Mahathir yang berkongsi pentas dengan musuh politiknya, Lim Kit Siang adalah demi menyelamatkan Malaysia yang dirosakkan Perdana Menteri.

“Tun Mahathir bukan ikon politik sempit. Beliau antara manusia paling bergeliga di dunia.

“Beliau membina sebuah negara dari sekeping tanah tanpa tanda hingga menjadi sebuah tugu kejayaan sebuah negara ketiga yang berjaya melonjak menjadi negara yang selangkah menuju negara maju,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");