Panasnya Hari Ini

Najib Beri Gambaran Tidak Benar Kepada YDPA

KUALA LUMPUR: Mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Ini kerana, kata Tun Mahathir, ianya berikutan Najib telah meminta perkenan YDPA bagi menggantikan Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jelas beliau lagi, tindakan pertukaran itu adalah disebabkan ingin menyelamatkan Najib dan menghalang penyiasatan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Belum pasukan petugas berjaya selesaikan tugasan mereka, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya.

“Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada YDPA untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, PAC dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan ke atas 1MDB,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir juga mendakwa, pengerusi PAC yang baharu juga merupakan kenalan Najib dan secara terang-terangan telah menyatakan Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan.

Terdahulu, Abdul Gani ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 atas alasan kesihatan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik bagi menggantikan Abdul Gani berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");