Panasnya Hari Ini

Najib Disingkirkan, Melayu Tetap Jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Melayu akan terus menjadi Perdana Menteri dan akan memegang lebih banyak kerusi di dalam Kabinet dan pemimpin berbangsa Cina dan India akan menjadi wakil di dalam kerajaan bagi mewakili kaum masing-masing.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ini kerana orang Melayu masih membentuk kaum majoriti di negara ini.

Katanya lagi, sekiranya kedudukan MCA di dalam Barisan Nasional (BN) digantikan dengan DAP bukanlah kerana parti itu pengampu.

“Jika pemimpin DAP bersama di dalam Kabinet, bukan kerana mereka pengampu. Sebaliknya, sekiranya mereka berada di dalam Kabinet adalah kerana mereka berminat untuk membangunkan negara dan bukannya menjalankan perniagaan.

“Mereka akan memegang portfolio masing-masing berdasarkan merit selain daripada mempunyai dasar yang baik untuk ditawarkan,”katanya menerusi catatan terbaru di blognya, www.zaid.my.

Dalam masa yang sama, beliau turut memuji kerjasama di antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menerusi Deklarasi Rakyat.

Zaid menyifatkan kerjasama itu adalah kerjasama di antara wira Melayu dan Cina di dalam gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Beliau juga memuji tindakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara, tetapi menyokong Deklarasi Rakyat.

“Ini adalah sesuatu yang bersejarah. Tiga pemimpin gergasi mengenepikan permusuhan lampau dan bersetuju bahawa mereka perlu bekerja dengan lebih keras kerana masa depan negara dipertaruhkan,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");