Panasnya Hari Ini

Najib Perlu Tampil Jawab Semua Spekulasi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah memberi saranan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil menjawab segala spekulasi yang dibangkitkan pelbagai pihak kini.

Ujarnya tindakan itu bagi menjernihkan keadaan yang dialami kini.

“Saya memberitahunya (Najib), kita kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya dapat kita matikan segala spekulasi, tohmahan yang mungkin menjejaskan kehidupan rakyat kerana dia berada di puncak pemerintahan negara,” katanya.

Ku Li berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Star Gua Musang memetik sumber laporan Astro Awani semalam.

“Beliau (Najib) berkata telah membuat cadangan tetapi dia tidak memberitahu saya semua sekali.

“Parlimen pun akan membincangkan laporan Ketua Audit Negara yang telah mengaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana ia masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka,” tambahnya lagi.

Beliau turut percaya keadaan akan menjadi lebih reda jika Najib dapat menjawab segala spekulasi yang dibangkitkan kebelakangan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");