Panasnya Hari Ini

‘Orang Kata Saya Yang Banyak Ditipu Oleh Mahathir’

Foto:Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Walaupun dikatakan pernah berkali-kali ditipu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah menyimpan dendam atau bermusuh dengan bekas Perdana Menteri itu.

Katanya lagi, hubungan beliau dengan bekas Presiden UMNO itu tetap baik.

“Orang kata saya yang banyak ditipu oleh Mahathir pun ada juga. Tapi saya sabar dan terima.

“Saya baik dengan dia. Saya tak bermusuh dengan sesiapa,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa beliau sudah berkali-kali ditipu oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu berikutan Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Tengku Razaleigh, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menandakan beliau menentang Najib.

Terdahulu, Tun Mahathir menyifatkan Tengku Razaleigh berpaling tadah kerana beliau dilihat antara individu yang menyokong gerakan menjatuhkan Najib kerana menghadiri sidang media bersama mantan Perdana Menteri itu dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya lagi, kehadiran beliau ke sidang media tersebut adalah dijemput oleh bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kerana beliau tidak bersetuju Khairuddin ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Saya dijemput dan sanggup hadir kerana tidak setuju kerajaan menahan Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang di bawah SOSMA.

“Soal lain saya tidak ada bagi sokongan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");