Isu Panas

Pakatan baru Pas beri saingan pada BN

JOHOR BAHRU – Majlis Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyambut baik hasrat Pas untuk membentuk pakatan baru dan menyifatkan ia sebagai persaingan sihat yang mewujudkan politik inklusif di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu secara tidak langsung membuktikan Pas mengiktiraf pendekatan BN yang terdiri daripada gabungan beberapa parti komponan.

“Saya lihat ia satu tindakan yang sihat dan lebih bersifat inklusif dan bukannya opoturnistik. Ini baik kepada negara kerana membawa perpaduan dan bersikap lebih terbuka.

“Tetapi kita tak mahu konsep politik opoturnistik di mana kadang-kadang kita bergabung untuk tujuan tertentu. Kalau masa tertentu kita panggil untuk bergabung lepas itu kita berpecah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mengakui gabungan Pas itu dijangka memberi saingan hebat namun menegaskan BN sentiasa bersedia dan yakin mampu mempertahankan kedudukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk pakatan baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");