Panasnya Hari Ini

Pakatan Harapan Akan Sertai Sidang Media Bersama Tun M Esok

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa pimpinan Pakatan Harapan akan mengadakan sidang media rasmi bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, sidang media itu adalah berhubung langkah Mahathir yang mahu membentuk kepimpinan baru sebagai salah satu agenda menyelamatkan negara ini.

“Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Izzah turut menyatakan kesediaan Tun Mahathir untuk bekerjasama dengan PH bagaimanapun haruslah bersandarkan kepada keikhlasan beliau untuk menyelesaikan kemelut politik negara dan bukan bersifat peribadi.

“Pada saya prasyarat utama pada kita (PH) adalah komitmen dan keikhlasan terhadap melaksanakan reformasi, isu bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah tapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Terdahulu difahamkan Mahathir sebelum ini berkata akan memulakan gerakan untuk menyingkirkan Najib bersama pimpinan Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

Perancangan itu juga telah disambut baik oleh Pakatan Harapan kerana ia adalah satu matlamat bagi menyelamatkan Malaysia dan agenda untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");