Panasnya Hari Ini

Pakatan Nafi Adakan Sidang Media Bersama Tun M

KUALA LUMPUR:Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menafikan bahawa parti itu akan mengadakan sidang media bersama dengan Tun Dr Mahathir yang dikatakan berlangsung hari ini.

Bagaimanapun parti itu tidak menolak bekerjasama dengan bekas perdana menteri tersebut dengan berkata Pakatan Harapan bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik atau ikon politik.

“Pendirian Majlis Presiden adalah kami sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan ia tidak menjadi mandat kami untuk menamakan mana-mana pihak,” kata memetik sumber Mstar.

Beliau mengulas demikian bagi memperjelaskan pendedahan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang dilaporkan berkata mengenai sidang media tersebut.

Izzah turut dilaporkan berkata bahawa Dr Mahathir dan pakatan pembangkang semata-mata berkongsi keinginan untuk menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun tidak akan melepaskan penyalahgunaan kuasa bekas perdana menteri itu pada masa lalu.

Saifuddin hanya sekadar tersenyum ketika ditanya sama ada Pakatan akan mengalu-alukan kerjasama dengan Dr Mahathir pada masa depan.

“Jika terdapat satu atau dua pemimpin dari parti politik dalam Pakatan melakukannya atas kapasiti peribadi mereka, maka itu adalah inisiatif mereka. Kami tiada masalah dengannya,” kata Saifuddin.

Beliau turut menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai rancangan untuk menjemput Dr Mahathir menyertai parti pembangkang susulan keputusan bekas perdana menteri itu keluar Umno pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");