Panasnya Hari Ini

Pandang Serius Isu Perceraian – PAS

Gambar: Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Kerajaan didesak agar memandang serius berhubung isu perceraian susulan peningkatan kes masalah rumah tangga yang berlaku setiap tahun di negara ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali At- Takiri berkata, secara puratanya terdapat 5,567 pasangan bercerai setiap bulan atau 186 kes setiap hari berdasarkan kajian yang dibuat.

“Pada 4 Mac lalu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan terdapat 92,678 pasangan mendaftarkan kes perceraian bagi tempoh 2012 hingga 2014 dan ia menunjukkan trend peningkatan iaitu pada 2012 sebanyak 29,253 pasangan, 2013 (29,583) dan 2014 (33,842).

“Sebelum ini, Jabatan Mahkamah Malaysia mengeluarkan statistik bahawa lebih daripada 274,000 pasangan di seluruh negara bercerai dalam tempoh enam tahun. Statistik yang lain pula menunjukkan bahawa 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Jelas beliau, masalah curang, faktor kewangan dan peningkatan kos sara hidup antara punca utama berlakunya kes penceraian di Malaysia.

Masalah tersebut dikesan berdasarkan kajian yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (Perak).

“DUPP (Dewan Ulama PAS Pusat) juga berpandangan bahawa bebanan kerja yang dihadapi oleh kedua-dua pasangan bagi mendepani peningkatan kos sara hidup pada hari ini menjadi salah satu faktor yang meningkatkan tekanan mental dan perasaan disamping kesempitan masa untuk mengisi kejiwaan masing-masing,” ujarnya, lapor Free Malaysia Today lagi.

Justeru, PAS mencadangkan supaya institusi kekeluargaan berkenaan dipulihkan semula termasuk dengan menyediakan serta membangunkan ruang dan suasana yang kondusif kepada setiap pasangan khususnya kepada golongan isteri agar dapat menjalankan fungsinya yang sebenar di rumah sebagai isteri dan ibu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");