Panasnya Hari Ini

Panel Sedang Teliti Akta Kawal Dana Politik- Johari Ghani

KUALA LUMPUR: Sebuah panel sedang meneliti penggubalan akta atau undang-undang bagi mengawal sumbangan atau dana politik terhadap parti politik atau individu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, akta atau undang-undang berkaitan sedang diteliti oleh panel berkenaan sebelum memutuskan bagaimana ia perlu dilaksanakan kelak.

“Panel tengah bincangkan undang-undang baharu yang boleh dipakai, kita sedang menanti keputusan itu. Senang nanti jika ada undang-undang baharu itu,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan menghentikan penerimaan dana politik dari luar negara, lapor Bernama.

Johari berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Perbendaharaan 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini Ahad.

Terdahulu, pada tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata satu mekanisme diperlukan bagi memastikan parti politik mendapat dana dari saluran yang betul.

Manakala, semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti politik patut berhenti menerima dana politik dari luar negara.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Johari menyifatkan kenaikan 4.2 peratus Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2016 merupakan kesan serta-merta daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tahun lalu.

“Sesetengah para peniaga telah meningkatkan harga terutamanya barang bukan kawalan serta belum membiasakan dengan GST … saya yakin apabila GST menjadi sebahagian daripada sistem GST, maka harga barang-barang akan turun secara automatik,” katanya, lapor Bernama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");