Panasnya Hari Ini

Papan Iklan #BebasAnwar : PKR Buat Laporan Polis Terhadap Khalid

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis akan dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Ianya berikutan, Khalid telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurunkan papan iklan #BebasAnwar di beberapa kawasan di Selangor.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata, pihaknya juga akan turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap Khalid atas dakwaan yang sama.

“Saya dan rakan-rakan akan buat laporan polis terhadap IGP dan juga akan buat laporan kepada SKMM berkenaan salahguna kuasa oleh IGP, kerana tiada kuasa (campuri) PBT.

“Kami akan memberi arahan kepada ahli Majlis PBT untuk membuat laporan polis dan kita juga akan buat laporan polis tentang papan iklan berkaitan kerajaan (yang didakwa menipu rakyat) nak tengok sama ada IGP akan turunkan kerana menipu rakyat maka lebih teruk dari bebas Anwar Ibrahim,”katanya, lapor Antarapos.

Terdahulu, pihak polis didakwa telah menurunkan tiga papan iklan #BebasAnwar di sekitar Ampang tanpa izin daripada PBT negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Zuraidah menegaskan kawasan papan iklan itu adalah kepunyaan kerajaan negeri dan pihak polis tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menurunkan papan iklan berkenaan.

“Dua kawasan yang diletakkan papan iklan #BebasAnwar adalah kepunyaan MBI (Menteri Besar Incorporated), jadi atas dasar itu maka tidak perlu ada campur tangan daripada mana-mana pihak untuk kita nak iklankan di papan iklan itu,”jelas beliau.

Khalid, pada Sabtu, meminta PBT di Selangor supaya menurunkan papan iklan #BebasAnwar di negeri itu yang didakwa mempunyai unsur-unsur hasutan kepada umum.

Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitternya dan pihaknya sedang mengesan papan iklan tersebut yang didapati mempunyai unsur hasutan selain daripada mengelirukan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");