Isu Panas

Pas anjur demo getah kali ketiga

BALING – Cuaca panas terik tidak menghalang ratusan penoreh getah daerah ini terus mengadakan demonstrasi aman mendesak kerajaan menaikkan harga getah.

Perhimpunan yang diadakan di Batu 42 Mukim Pulai berdekatan pejabat Ahli Parlimen Baling semalam adalah kali ketiga dianjurkan Pas daerah ini.

Sebelum ini, demonstrasi sama diadakan di Kampung Tembak A dan Parit Panjang.

Yang Dipertua Pas Baling, Hassan Saad berkata, demonstrasi yang diadakan ini bagi meneruskan desakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga getah.

Menurutnya, terdapat penoreh yang terpaksa menoreh hingga tiga kali dalam sehari bagi menampung hidup.

“Mereka ini juga hanya mengambil upah dari kebun orang lain.

“Jika penoreh dapat dalam 20 kilogram hasil getah, hasil itu perlu dibahagi dua. Harga getah hari ini sekilogram baru berharga RM2, apa yang penoreh buat dengan harga serendah itu,” katanya.

Beliau berkata, penoreh juga terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang

Menurutnya, sekiranya masalah harga getah masih belum berjaya diatasi, Pas Baling akan terus melakukan desakan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Baling, Mohd Asri Abd Rahman berkata, sistem Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang ada pada hari ini hanya menyusahkan golongan itu.

Menurutnya, ia disebabkan masih ramai golongan penoreh getah terpaksa melayani karenah birokrasi hanya kerana mahu menuntut jumlah bernilai 50 sen perkilo dari hasil getah.

“Kerajaan diminta mendengar keluhan rakyat. Desakan ini tak beri keuntungan kepada parti politik sebaliknya kepada rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");