Panasnya Hari Ini

“PAS Bukan Mahu Rebut Kuasa”, Ucapan Yang Pelik- Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Presiden parti Amanah Mohamad Sabu menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang pemimpin politik yang pelik.

Ujarnya, ia berikutan kenyataan Abdul Hadi bahawa PAS tidak kemaruk kuasa untuk memerintah negara.

“Parti AMANAH bersama dengan rakan rakan dalam Pakatan Harapan akan bertanding dan ambil alih pentadbiran Malaysia.

“Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (AMANAH) nak rebut kuasa.

“Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa. Ini ucapan yang paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik,” katanya semasa ucapan majlis makan malam muhibah anjuran AMANAH Wilayah Persekutuan, malam tadi memetik sumber Freemalaysiatoday.

Terdahulu dilaporkan Abdul Hadi Awang dikatakan berkata agenda utama perjuangan parti itu adalah menegakkan syiar dan undang-undang Islam dan bukannya berebut kuasa dan jawatan.

Malah Hadi juga difahamkan turut mengakui bahawa PAS bersedia menjadi pendokong kuat UMNO sekiranya parti tonggak BN itu mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

“Kita tolak UMNO dan tolak orang yang menjadi calon UMNO yang nak melawan dengan kita,” tambah Mat Sabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");