Isu Panas

Pas nafi enggan sertai deklarasi kerana hudud

KUALA LUMPUR – Pas menafikan keengganan parti itu menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan menandatangani Deklarasi Rakyat gara-gara bimbang laluannya membawa usul persendirian mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Pindaan 2015) ke Parlimen ‘terganggu’.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Pas mempunyai satu pendirian serta hala tuju dan strategi yang tersendiri di mana kita tidak terikat dengan pihak yang lain.

“Bukan begitu maksudnya (enggan sertai Deklarasi Rakyat kerana RUU Persendirian).

“Memang pada dasar umumnya, kita akan memberi respons, sokongan kepada apa jua tindakan yang membawa kepada kebaikan. Tetapi kita kena kenal pasti dulu, apa tujuannya, objektifnya, matlamatnya.

“Jadi, kita tidak mudah menyertai mana-mana yang dibuat oleh pihak lain,” katanya ketika ditemui selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-13 di Parlimen, semalam.

Sebelum ini, Pas menolak jemputan Mahathir untuk turut serta dalam majlis menandatangani deklarasi bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan Pas mendakwa parti Islam itu mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.

“Blok Politik Ketiga ini maksudnya ialah kita mempunyai satu rakan ganding yang tersendiri tanpa kita melibatkan diri dengan BN dan juga Pakatan Harapan.

“Jadi kita ada…parti politik dan NGO tapi (identiti) masih kita tak boleh umum lagi,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");