Panasnya Hari Ini

PAS Perlu Ambil Manfaat Setiap Kali Berlaku Gelombang Dalam UMNO

KUALA LUMPUR: Ahli PAS diminta agar mengambil manfaat setiap kali berlakunya gelombang dan pergolakan di dalam UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli-ahli UMNO pada hari ini keliru akibat daripada pergolakan yang terjadi di dalam UMNO.

“Setiap kali berlaku gelombang dalam UMNO, kita kena ambil manfaat.

“Sebahagian besar ahli UMNO pening, mereka hendak kepada UMNO, UMNO sudah teruk,”katanya seperti yang dilapor di dalam prnsarawak.pas.org.my.

Sementara itu, beliau turut memberi peringatan kepada ahli-ahli parti agar tidak mudah terperangkap dengan agenda UMNO.

Selain itu, beliau turut menyifatkan pilihan raya Sarawak amat penting bagi parti itu untuk membuktikan bahawa PAS bukanlah parti yang hanya sesuai untuk orang Melayu.

Katanya lagi, beliau menafikan dakwaan yang mengatakan untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu, PAS perlu bergantung dengan ahli parti.

“PAS telah pecahkan tembok ini dan kita guna slogan ‘PAS For All’,”ujarnya.

Ujarnya lagi, PAS perlu meletakkan hasrat untuk meningkatkan sokongan supaya tuduhan bahawa parti itu tidak boleh bergerak bersendirian tidak benar.

“Gambaran negatif ini mesti PAS Selangor buktikan dalam PRN Sarawak. Anak sulung lahir daripada benih Selangor iaitu DUN Sebuyau dan Samalaju,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");