Panasnya Hari Ini

Patut Bawa Usul Hudud di Parlimen – Takiyuddin

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan sepatutnya membentangkan Rang Undang-Undang Pelaksanaan (RUU) hudud di Parlimen.

Beliau berkata, ia berikutan RUU hudud turut melibatkan akta kerajaan Persekutuan dan bukannya perundangan peringkat kerajaan Kelantan semata-mata.

“Saya berpandangan kerajaan Persekutuan sepatutnya angkat RUU ini sebab melibatkan akta peringkat Persekutuan.

“Apa yang kita cuba angkat sebelum ini, bukanlah akta hudud tapi untuk tingkatkan kuasa mahkamah syariah. Kalau dipinda pun tak boleh laksana (hudud) sepenuhnya,” kata bekas EXCO Kelantan itu, memetik laporan Free Malaysia Today.

Walaubagaimanapun, Takiyuddin berkata, perbincangan selanjutnya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom memberi reaksi positif dan memungkinkan RUU tersebut dibentangkan pada sesi Parlimen seterusnya.

“Baru-baru ni Menteri di Jabatan Perdana Menteri beri greenlight (lampu hijau).

“Mungkin (bentang) pada sesi Parlimen seterusnya, bukan sekarang kerana ada prosedur,” katanya, lapor Free Malaysia Today lagi.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membawa RUU persendirian pada sidang Parlimen tahun lalu untuk meminda undang-undang Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi membuka jalan untuk pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

Namun begitu, RUU tersebut tidak sempat dibahaskan susulan memberi laluan kepada RUU yang lebih penting kepada masyarakat awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");