Panasnya Hari Ini

Pecat Muhyiddin, Shafie Seperti Satu Amaran Keras- Mukhriz

KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan pemecatan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada semua jawatan dalam kerajaan sebagai satu amaran keras kepada ahli dan pemimpin di semua peringkat dalam Umno.

Ujarnya, tindakan itu seolah satu amaran supaya semua pemimpin Umno yang lain tidak tampil membuat tindakan yang tidak direstui.

Beliau turut mengakui terdapat arahan supaya tidak membawa sebarang usul yang ‘pelik’ melainkan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Saya ingat bila Muhyiddin dan Shafie dipecat, ia bagai satu amaran kepada orang lain supaya jangan pandai-pandai (dalam setiap tindakan).

“Saya tahu ada arahan supaya jangan bawa usul pelik-pelik, (melainkan) usul menyokong kepimpinan Najib,” katanya berucap dalam program sepetang bersama beliau di Pulau Meranti, Puchong, semalam memetik sumber Sinar Harian.

Tambah Mukhriz lagi, jumlah keahlian Umno lebih tiga juta itu tidak membawa makna jika tiada keberanian menyuarakan perubahan dari dalam parti itu.

“Jangan sesekali berasa diri kerdil walaupun hanya ketua Umno cawangan. Jumlah keahlian besar tidak bermakna jika ahli Umno tidak endah (perubahan),” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");