Jenayah

Pelanggan guna wang palsu RM100 beli nasi goreng

PUCHONG – Seorang peniaga kedai makan terpaksa menanggung kerugian selepas menerima wang kertas palsu daripada pelanggan yang membeli dua bungkus nasi goreng di premisnya, Jumaat lalu.

Pada awalnya, mangsa menyangka dapat mengelak daripada menerima wang palsu daripada pelanggan terbabit.

Bagaimanapun, dia hanya mampu menahan geram apabila pelanggan terbabit kemudian didapati ke kedai makanan lain berhampiran yang juga miliknya dan membeli makanan menggunakan wang palsu sama.

Cheng Wei Chin, 39, berkata, kedai makan miliknya terletak di Taman Kinrara Seksyen 1 didatangi dua pelanggan berusia lingkungan 30-an kira-kira jam 7.30 malam Khamis lalu.

Selepas menikmati makanan, seorang daripada pelanggan itu keluar dari restoran manakala seorang lagi menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran bil makanan berjumlah RM19.60.

Mangsa dihulur not wang kertas RM100, disebabkan rasa curiga dengan ciri keselamatan wang tunai terbabit, Wei Chin berkata dia enggan menerimanya dan meminta pelanggan itu menggantikan dengan wang lain.

Pelanggan itu mula bertanya pelbagai soalan mengapa wang tidak diterima serta menyatakan akan keluar dari kedai dengan nada kasar. Dia juga memberitahu tidak mempunyai wang lain dalam dompetnya selain wang kertas RM10.

“Saya cakap dekat dia, awak belum bayar mana boleh balik, jadi mahu tak mahu dia panggil rakannya datang balik ke kedai untuk bayar apa yang mereka makan.

“Saya ada sebuah lagi kedai makan terletak tak jauh dari sini, memang tak sangka lelaki tu guna wang palsu sama esoknya (Jumaat) dan bayar kepada pekerja warga asing yang memang tak pandai beza wang palsu atau tidak,” katanya.

Lelaki tersebut katanya membeli dua nasi goreng bungkus berharga RM16 dan mengambil baki wang berjumlah RM84 selepas memberikan not wang kertas palsu.

Dia dan suaminya Chong Chee Meng turut membuat aduan kepada Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 14, Lawrence Chiew Kai Heng.

Sementara itu, Biro Aduan JPP Zon 14 Lieng Hwa Ching berkata, dia pernah menerima aduan daripada seorang peniaga yang mendakwa menerima 49 keping wang kertas RM100 palsu tahun lalu.

Menurut aduan pengusaha kedai telefon bimbit terbabit, pelanggan membeli dua unit telefon bimbit berjenama terkenal.

“Pekedai hanya sedar dia dah terima duit palsu bila lihat nombor siri wang kertas itu semuanya sama,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");