Panasnya Hari Ini

Peluang UMNO/BN Kekal Cerah Kalau Najib Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, peluang kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk kekal sebagai kerajaan masih cerah sekiranya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Mukhriz berkata, sekiranya Najib masih memegang tampuk pemerintahan negara, walaupun hanya dua peratus sokongan rakyat berubah terhadap UMNO, ianya akan menyebabkan kerajaan pimpinan BN akan tumbang sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan.

“Kalau berubah sahaja dua peratus daripada sokongan rakyat terhadap UMNO, kita akan tumbang.

“Itu keadaan kita sekarang. Tengoklah sekarang ini mungkin kita selesa walaupun kita pembangkang di negeri, tetapi kerajaan pusat masih BN, jadi kita masih lagi boleh hidup,”katanya menerusi satu klip video yang dimuat naik di blog Din Turtle.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan di dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan, 7 Mac lalu.

Katanya lagi, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, ahli-ahli UMNO perlu mendesak supaya Najib untuk meletak jawatan.

“Kalau itu berlaku (UMNO jatuh), kita akan menyesal tak sudah.

“Sebab itu kita mendesak Najib menyerahkan jawatan Perdana Menteri itu segera dan kita akan gunakan masa yang ada dalam dua tahun sampai PRU ini untuk memulihkan keadaan.

“Peluang kita bukanlah saya nak kata cerah, kalau ada perubahan tapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik daripada keadaan sekarang ini,”tegas Mukhriz.

Tambah Mukhriz, perubahan sokongan rakyat terhadap UMNO pada ketika ini amat ketara dapat dilihat sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

“Sekarang ini, tanyalah siapa sekali pun, orang muda dan orang lama di dalam bandar di luar bandar pun, nak kata boleh atau pun tidak sokong BN dalam PRU14 ini, rata-rata geleng kepala,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");