Sukan Hari Ini

Pemain Man United Ingkar Arahan Van Gaal

MAROUANE Fellaini mengakui kekalahan Manchester United kepada Liverpool dalam saingan Liga Europa berpunca daripada tindakan pemain yang gagal mengikuti arahan Louis Van Gaal.

Fellaini membuat kenyataan mengejut itu ketika Van Gaal menerima kutukkan daripada penyokong United di seluruh dunia akibat kekalahan tersebut.

Pemain Belgium itu mendedahkan, Van Gaal telah menetapkan corak permainan untuk menentang skuad bimbingan Jurgen Klopp, namun ia tidak dipeduli oleh pemain United.

“Kami tidak memberi tekanan yang baik pada babak pertama, Ssya rasa separuh masa kedua adalah lebih baik dan kami banyak mengawal bola.

“Pada babak pertama kami tidak menghormati pelan yang disediakan jurulatih. Sebab itu kami gagal dalam banyak peluang.

“Pelan yang ditetapkan sebelum perlawanan ialah kami perlu melakukan banyak tekanan, tapi kami tidak melakukannya dengan baik sehingga separuh masa kedua,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");