Sukan Hari Ini

Pemain seperti hilang punca – Dollah Salleh

MELAKA: Jurulatih Perlis yang juga bekas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh kecewa apabila pemainnya seperti hilang punca ketika berdepan PKNS pada saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Situasi itu menyebabkan skuad bimbingannya tewas 2-3 kepada tuan rumah ketika anak buahnya gagal memperaga aksi terbaik dalam misi meraih kemenangan atau sekurang-kurangnya memungut satu mata berharga.

Menurutnya, dia tidak menyangka semua pemain gagal beraksi mengikut perancangan terutama sepanjang babak pertama perlawanan sehingga dengan mudah memberi ruang kepada lawan mencipta dua gol.

Katanya, pemain dengan mudah diberi tekanan dalam tempoh terbabit sehingga gagal mengelak dua jaringan yang sebenarnya boleh dielakkan jika mereka mengekang lebih awal gerakan barisan tengah dan peledak lawan.

“Saya pelik dengan situasi itu. Mereka hanya bangkit pada separuh masa kedua. Namun kebangkitan yang lambat menyebabkan kami pulang dengan tangan kosong.

“Jika mereka bijak membuka ruang untuk sentuhan jaringan sudah pasti keputusan perlawanan adalah lebih baik. Namun corak persembahan mereka jauh daripada apa yang saya jangkakan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, peluang Perlis menjaringkan gol hadir seawal minit ketujuh menerusi Firdaus Zulkifli dan tandukan Mohamadou Sumareh lapan minit kemudian namun gagal memecah kebuntuan.

Sebalik PKNS mencetak dua gol menerusi Gabriel Guerra masing-masing pada minit ke-19 dan 33 serta Matias Hadwa (m-55).

Dua gol Perlis hadir menerusi Edward Wilson (m-85) dan gol pertama pada minit ke-61 menerusi Kayne Vincent.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");