Panasnya Hari Ini

Pembangkang Akan Menang Mudah PRU-14 – DS Mukhriz

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, jika diikutkan logik, parti pembangkang akan dapat memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan mudah.

Menerusi satu kenyataan, Mukhriz berkata, rakyat telah menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan itu bermakna rakyat juga menolak Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.

“Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa?

“Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak,” ujarnya.

Ujarnya lagi, pendirian tersebut turut diperkukuhkan apabila pembangkang memahami dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan pembangkang merampas kuasa daripada BN tanpa melalui PRU.

Sementara itu, Mukhriz turut menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa rakyat perlu tunggu PRU-14 untuk menukar Perdana Menteri amat membahayakan BN.

“Adakah maksudnya Perdana Menteri baru itu akan datang dari kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut?

“Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai Perdana Menteri sebelum PRU-14,”tegasnya.

Tambah Mukhriz lagi, BN akan menerima padah jika Najib terus memimpin sehingga PRU-14.

“Amarah rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. ‘Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat’. Itu yang kedengaran dikalangan rakyat sekarang,”ujarnya.

Jelas beliau lagi, Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua yang menandatangani deklarasi tersebut hanya kerana mahukan Najib berundur.

Ujarnya lagi, deklarasi tersebut tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan BN yang memerintah ketika ini.

“Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP.

“Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru, dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, bukan dari pembangkang,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");