Panasnya Hari Ini

Pembangkang Sedar Kerosakan Yang Dilakukan Najib

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang mempunyai pendapat yang sama dengan bekas pemimpin parti kerajaan yang ingin menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Parti lawan juga ingin menyingkir Najib bukan kerana mereka bersetuju dengan pendirian bekas-bekas pemimpin parti kerajaan, tetapi kerana mereka sedar akan kerosakan kepada negara dan jentera pentadbiran yang sedang dilakukan oleh Najib yang juga mempunyai kesan buruk kepada mereka.

“Oleh kerana ini, mereka juga berpendapat Najib perlu disingkir. Pendapat mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin UMNO dan kebanyakan rakyat,”katanya menerusi catatan terbaru di blognyaa, hari ini.

Jelasnya lagi, sekiranya ahli-ahli UMNO berani untuk menolak Najib melalui suara ramai, pastinya kerjasama dengan pembangkang tidak akan dibuat.

Katanya lagi, Najib akan memainkan isu pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dengan beliau supaya ahli UMNO terpesong dari tujuan Deklarasi Rakyat sepertimana Najib memesongkan demonstrasi Bersih yang bertujuan menjatuhkannya.

“Oleh kerana kongkongan UMNO dan ahli-ahlinya oleh Najib, dan mereka sendiri tidak mampu membuat apa-apa, maka suara rakyat, diluar UMNO, termasuk suara parti lawan perlulah digabung untuk memberi kekuatan dan kejayaan kepada usaha menyingkir Najib,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");