Panasnya Hari Ini

Pembangkang Sudah Tidak Ada Hala Tuju Perjuangan – Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar menyifatkan pembangkang pada hari ini tidak mempunyai hala tuju dalam perjuangannya.

Katanya lagi, pembangkang tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada rakyat selain daripada menokok tambah fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada saya, pembangkang dah tak ada hala tuju perjuangan, mereka dah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat selain daripada menokok tambah fitnah dan andaian yang tidak berfakta kepada Najib selaku Perdana Menteri,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Berikutan itu, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pembangkang tidak mempunyai sebarang hak bagi menjatuhkan Najib yang telah dipilih rakyat, sebaliknya hanya ahli UMNO sahaja yang boleh menukar pemimpin.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyifatkan pembangkang telah hilang maruah kerana mahu menentukan Ketua Negara di negara ini.

Bung turut mempersoalkan adakah parti pembangkang tidak sedar bahawa Najib merupakan ketua parti yang telah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) yang sah.

“Kenapa pembangkang dah hilang maruah nak menentukan pula siapa Ketua Negara sedangkan mereka tahu yang parti gabungan mereka kalah dalam PRU buat kali ke-13.

“Mereka harus sedar kita bukan berada di Amerika Syarikat, British, atau Eropah…ini negara Malaysia, bukan Filipina, bukan Indonesia atau Thailand,”tegasnya.

Sementara itu, berkaitan Deklarasi Rakyat, Bung turut menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama beberapa pemimpin UMNO dan pembangkang adalah tindakan orang yang kecewa.

“Kita sedar perbuatan mereka ini adalah langkah orang-orang kecewa yang mempunyai niat tertentu untuk merosakkan minda rakyat agar menentang kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

“Saya ingin nyatakan UMNO parti yang besar, kuat, teguh lagi mantap dan usaha-usaha seumpama ini ibarat mencurah air di atas daun keladi,”ujarnya.

Terdahulu, Tun Mahathir mengetuai kumpulan seramai 58 orang yang terdiri daripada bekas pemimpin kerajaan, pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menandatangani satu deklarasi yang menuntut agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");