Sukan Hari Ini

Pembelian Ilkay Gundogan Agenda Penting Man City

PEMBELIAN Ilkay Gundogan menjadi agenda penting Manchester City dalam menyediakan sebuah pasukan mantap bagi musim depan.

Pemain tengah Borussia Dortmund itu antara pemain tengah yang menjadi rebutan kelab ternama dunia seperti Barcelona, Real Madrid, Juventus dan lain-lain.

Gundogan, 25, disifatkan sebagai pemain “pintar dan pemain tengah yang cukup sifat” oleh bekas jurulatihnya, Jurgen Klop.

Pemain Jerman itu sebelum ini memberitahu kelabnya bahawa dia tidak akan menlanjutkan kontrak yang akan tamat tempoh pada 2017.

Media sebelum ini mendedahkan bapa saudara Gundogan yang merupakan ejennya telah bertemu Pep Guardiola mengenai rundingan ke kelab baru.

Difahamkan, Gundogan terpikat dengan tawaran City selepas mereka menawarkan gaji mewah dengan bonus lebih baik.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");