Panasnya Hari Ini

Pemerintahan Najib Kejam! – Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kejam.

Ini kerana, kata Tun Mahathir, Najib akan bertindak menyingkirkan sesiapa sahaja selain daripada dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Disebabkan itu, bekas Presiden UMNO itu mengambil keputusan keluar daripada UMNO.

“Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada kerajaan Najib untuk masukkan sesiapa sahaja ke dalam tahanan tanpa dibicara.

“Kerana semua ini, saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini, saya akan sambut desakan rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembalikan pemerintahan yang adil ke negara ini,”tegasnya menerusi blog beliau, chedet.cc.

Ujarnya lagi, UMNO pada hari ini tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara, sebaliknya perjuangan UMNO terhad kepada pengekalan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tun Mahathir berkata, disebabkan perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan tersebut bukan lagi UMNO.

“Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib.

“Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibatkan Najib, akan wang berbilion yang ada dalam akaun Najib,”ujarnya.

Tegasnya, sasaran rakyat pada hari ini adalah Najib kerana beliau telah merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

Berikutan itu, Tun Mahathir menyeru agar rakyat serta ahli UMNO tidak menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah.

“Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini.

“Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO.

“Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan dan dilaksanakan pada tahun ini juga,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");