Panasnya Hari Ini

Pemilik Asal Banglo Guan Eng Akui Tidak Semak Harga Pasaran

KUALA LUMPUR: Pemilik asal banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang mendedahkan bahawa beliau tidak menyelidik harga pasaran sebelum menjual rumah berkenaan.

Pemilik yang dikenali sebagai Phang Li Koon itu dalam Akuan Bersumpahnya bertarikh 22 Mac (hari ini) berkata, beliau adalah kawan karib kepada isteri Guan Eng, Betty Chew sejak 2008.

Memetik sumber Berita Harian, Phang Li Koon membuat keputusan menjual rumah yang dibelinya pada 2008 berikutan ia telah menimbulkan pelbagai publisiti dan tuduhan dari semasa ke semasa.

“Saya tidak menyelidik pasaran apabila saya membuat keputusan untuk menjualnya kepada Ketua Menteri pada 2015 kerana saya rasa tidak perlu berbuat demikian.

“Saya sudah mempunyai Ketua Menteri sebagai pembeli dan sudah ada satu persetujuan kepada perjanjian berhubung harga jualan RM2.8 juta yang dipersetujui pada 23 Jun 2014,” katanya.

Akuan Bersumpah Li Koon dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh di KOMTAR hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak hadir semasa pembacaan akuan bersumpah tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");