Panasnya Hari Ini

Pemimpin Muda Malaysia Hilang Kepercayaan Pada Najib

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pemimpin muda negara tampil menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dan percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu disuarakan menerusi kenyataan yang ditandatangani oleh 25 pemimpin pelajar dan aktivis yang diketuai Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kami, pemimpin muda Malaysia sudah hilang kepercayaan terhadap Najib dan anggotanya (Kabinet), ia ekoran tindakan mereka yang telah menyalahgunakan dan mengorbankan masa depan Malaysia.

“Masa depan belia akan diwarisi dari pimpinan hari ini. Kami tidak lagi akan diam diri sedangkan masa depan kami dirampas,” kata kumpulan berkenaan memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambah kumpulan pemimpin muda itu lagi, ia merupakan tanggungjawab mereka untuk bersuara apabila melihat negara berbelah bahagi malah salah urus tadbir dalam mengendalikan krisis 1MDB telah mengatasi kes-kes lain sekaligus ia satu serangan ke atas pemerintahan negara.

Kumpulan pemimpin muda itu juga melihat tindakan UMNO yang berkompromi dan menghukum sesiapa sahaja termasuk ahli dalam parti sendiri yang menzahirkan kebimbangan rakyat, sebagai satu tindakan untuk menyembunyikan perkara sebenar.

“Nama negara tercinta ini telah tersebar di serata dunia kerana krisis ini. Hong Kong, Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah menzahirkan kebimbangan terhadap perkara ini,” kata kumpulan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");