Panasnya Hari Ini

Pemuda UMNO, Jangan Hadiri ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ – Khairy

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi amaran supaya semua anggota Pemuda UMNO tidak dibenarkan sama sekali menyertai ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ pada 27 Mac ini.

Ujarnya, mana-mana anggota yang didapati terlibat atau menyertai perhimpunan itu akan dikenakan tindakan displin.

“Bagi anggota kami (Pemuda) mereka tidak bebas untuk lakukan apa mereka mahu.

“Mana-mana anggota yang sertai himpunan tersebut pada 27hb ini akan dikenakan tindakan displin,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Beliau turut mengulangi pendirian Pemuda yang secara tegas menolak Deklarasi Rakyat yang disifatkan bertentangan dengan sistem politik negara.

“Sistem politik negara kita demokrasi berpalimen yang mana kerajaan ditentukan melalui pilihan raya lima tahun sekali.

“Bukan melalui deklarasi, bukannya melalui pungutan suara, bukan melalui pungutan tanda tangan, bukannya melalui sidang akhbar. Bagi saya yang paling penting mandat yang diberi dalam pilihan raya dan mandat itu masih lagi memihak kepada BN kepada Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri,” katanya lagi.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan anjuran bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka berlangsung 27 Mac ini.

Turut dijangka hadir pada perhimpunan tersebut adalah semua pimpinan Pakatan Harapan, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin veteran yang telah menandatangani Deklarasi Rakyat tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");