Panasnya Hari Ini

Pencarian Pengguna PROTON Paling Setia

KUALA LUMPUR: Pertandingan ‘PROTON Search Contest’ yang dianjurkan oleh PROTON Holdings Bhd (PROTON) bertujuan untuk mencari pengguna PROTON paling setia di negara ini.

Pertandingan yang akan berlangsung selama 13 minggu ini telah bermula sejak 8 Mac lalu sehingga 8 Jun 2016 di mana PROTON mensasarkan pengguna kereta nasional tersebut paling lama dan memiliki cerita yang menarik sepanjang menggunakan PROTON.

Pemenang akan dipilih berdasarkan keadaan kereta PROTON yang masih baik dan mempunyai jarak perjalanan (mileage) yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pertandingan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dan lesen memandu yang sah.

Selain itu, kereta keluaran PROTON juga mestilah mempunyai cukai jalan yang sah selain daripada insurans yang diperbaharui setiap tahun sejak memilikinya.

“Pemilik kereta PROTON ini bukanlah yang dikomersialkan seperti teksi, dan ianya mestilah pemilikan tunggal atau telah digunakan dalam keluarga itu sejak ianya dibeli.

“Pertandingan ini adalah sebahagian daripada kempen yang dilancarkan baru-baru ini iaitu ‘The New PROTON’ iaitu untuk menyediakan nilai dan pengalaman yang terbaik kepada pemilik PROTON,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan ini, pengguna diminta menghantar borang penyertaan, cerita pendek yang ditulis termasuk gambar kenangan bersama kereta tersebut atau penyerahan video kreatif berdurasi selama 60 saat.

Borang penyertaan boleh diperolehi dari kedai-kedai PROTON terpilih atau dimuat turun dari laman web www.proton.com.

“11 pemenang akan dipilih dalam pencarian ini dimana hadiahnya ialah PROTON Saga baharu yang akan dilancarkan tidak dilama lagi.

“Sementara itu 10 pemenang saguhati akan menerima pengubahsuaian kereta PROTON bernilai RM5,000 dan RM1,000 selain daripada semua pemenang akan dibawa menimba pengalaman di kilang PROTON,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");