Panasnya Hari Ini

“Pendirian Saya Konsisten” – Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau seorang yang konsisten berhubung pendirian beliau terhadap tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan berkaitan perubahan.

Tegasnya, itulah intipati perjuangan beliau di peringkat kebangsaan serta dalam UMNO sejak 1987.

“Saya konsisten dalam perkara ini selama ini dan saya akan terus konsisten di hari muka.

“Kebelakangan ini, desakan untuk perubahan semakin lantang. Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari segi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat,”ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya lagi, dalam usaha untuk memberi sumbangan berguna dan berfaedah, beliau amat peka dan sedar akan masalah yang dihadapi negara dan keadaan yang genting.

“Dalam ucapan saya di Parlimen dan surat saya kepada Ahli-ahli Parlimen, saya telah mengingatkan akan kesan yang kita rasai sekiranya hutang negara ini tidak ditangani dan diurus dengan penuh tanggungjawab.

“Maka itu, setiap pengamal politik dan Ahli Parlimen berkewajipan untuk tidak mendewa-dewakan orang perseorangan dan bermain politik dalam usaha dalam menangani perubahan yang diperlukan itu,”ujarnya.

Terdahulu, Tengku Razaleigh telah menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai tindakan beliau itu, tindakan yang diambil itu adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan kehendak parti.

“Yang demikian, isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan keapda ketua kerajaan tidak timbul,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");