Panasnya Hari Ini

Pengerusi SPR Bidas Kenyataan Tun Mahathir

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah hari ini membidas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut agar pilihan raya di negara ini dilakukan secara bersih dan adil.

Berikutan itu, Mohd Hashim menasihatkan agar Tun Mahathir tidak mengheret suruhanjaya bebas itu dalam perang politik beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebenarnya saya tidak boleh komen, itu masalah politik tetapi seolah-olah dia (Tun Mahathir) nak kaitkan dengan pilihanraya.

“Tugas kita (SPR) menjalalankan tugas untuk mengendali pilihanraya dan tidak mempunyai kaitan dengan politik,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Tegasnya lagi, pilihanraya di negara ini sentiasa dijalankan secara adil dan bersih.

“Di mana tidak adil? Kalau kita tidak adil dan kita memihak kepada pihak-pihak tertentu, tidak ada pula beberapa negeri jatuh kepada pihak-pihak tertentu dan negeri yang jatuh kepada pihak tertentu negeri yang kaya.

“Ini bererti kita telus, jangan salahkan kita. Kalau nak bergaduh dalam politik, bergaduh dalam politik, jangan kaitkan SPR. SPR cuma menjalankan pilihanraya,”tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun tidak dapat menafikan sebagai badan yang mengendalikan pilihanraya di negara ini, pihaknya tidak dapat lari daripada berdepan dengan tohmahan daripada masyarakat.

Beliau juga turut mengakui sukar untuk menepis segala tohmahan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap SPR.

Terdahulu, selain daripada menuntut Najib meletak jawatan, Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir meminta agar pilihan raya diadakan secara adil dan bersih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");