Jenayah

Pengsan akibat dihempuk topi keledar

BAHAU: Tindakan seorang wanita ingin membantu meleraikan pergaduhan antara rakannya dengan sekumpulan wanita mengundang padah, apabila dia pengsan selepas terkena hayunan topi keledar dari salah seorang wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin di kawasan berhampiran Pasar Borong Lama, dekat Bahau.

“Pengadu wanita berusia 24 tahun itu telah berselisih faham dengan wanita lain berikutan wanita itu menyangka dia mempunyai hubungan dengan suaminya.

“Ketika itu, pengadu ditemani rakannya yang merupakan mangsa menemui wanita terbabit yang turut membawa dua lagi rakan yang lain,” katanya yang mengesahkan kejadian, semalam.

Noorzainy berkata, berdasarkan siasatan awal, berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan wanita tersebut sebelum dua rakan wanita berkenaan turut mencampuri pertengkaran itu.

“Bagaimanapun, mangsa yang dipercayai meleraikan pergaduhan tersebut terkena hayunan topi keledar yang dilepaskan oleh rakan wanita terbabit di muka.

“Selepas itu mangsa dan pengadu membuat keputusan untuk pulang, namun mangsa tiba-tiba pengsan sebelum sempat menaiki kereta,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa dibawa ke Hospital Jempol dan ditahan di hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut.

“Pengadu membuat laporan jam 9.17 malam semalam dan kita sudah mengenal pasti suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");