Jenayah

Pengurus hadapi 115 pertuduhan palsu pesanan pembelian

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 115 pertuduhan memalsukan pesanan pembelian membabitkan nilai barang berjumlah RM101.64 juta.

Tertuduh, Foo Tseh Wan, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 20.01A, tingkat 20 Menara MAA, Jalan Datuk Abdullah Tahir di sini, antara 19 Disember 2014 hingga 7 Mei tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memalsukan pesanan pembelian membabitkan membabitkan tiga syarikat iaitu Mepcom Polymer Sdn bhd, JB Advance Plastic Marketing Sdn Bhd dan Sors Polymer Sdn Bhd pada tarikh dan waktu berbeza sepanjang tarikh berkenaan.

Bagi kesalahan itu, Tseh Wan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Berdasarkan hukuman bagi setiap pertuduhan, tertuduh bakal berdepan hukuman denda RM505 juta dan penjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");