Berita Hari Ini

Pengusaha bot perlu utamakan keselamatan

KOTA KINABALU: Pengusaha bot di Sabah, khususnya yang menawarkan khidmat di Sungai Serusup, Tuaran, diingatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelak insiden dua bot berlanggar sehingga mengorbankan enam nyawa di daerah itu semalam, berulang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata aspek keselamatan di kawasan perairan perlu dipatuhi dan diberikan keutamaan sepanjang masa.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden bot bertembung di Sungai Serusup dan menasihatkan rakyat di Sabah, terutama pengusaha bot di Sungai Serusup agar sentiasa memastikan aspek keselamatan dipatuhi,” katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, enam termasuk seorang budak perempuan berusia lima tahun lemas, manakala 10 penumpang cedera selepas dua bot bertembung di Sungai Serusup dekat Teluk Sulaman, Tuaran.

Polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat keadaan gelap serta kedua-dua bot tidak berlampu.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");