Jenayah

Penjawat awam masuk kongsi gelap

KUALA PILAH – Seramai 50 anggota kongsi gelap termasuk seorang penjawat awam dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 sejak 2012 hingga tahun lalu.

Penglibatan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04, Geng 18 dan Geng 21, dikesan sebagai kumpulan yang aktif di negeri ini ekoran jumlah tangkapan yang semakin meningkat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Ayub Salim berkata, pada 2014, 10 orang diberkas manakala pada 2015, seramai 20 orang membabitkan dua kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 36 dan Geng 21 ditahan.

Menurutnya, statistik itu jelas menunjukkan peningkatan terhadap penglibatan kongsi gelap dalam tempoh setahun.

“Statistik pada 2012, seramai tujuh individu diberkas, kemudian pada 2013, sembilan orang dan pada 2016, statistik Januari hingga Februari seramai empat orang diberkas atas pelbagai kesalahan.

“Geng tersebut terbabit pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam termasuk kes dadah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, semalam.

Hadir sama, Pegawai Turus Perlucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik negeri, Asisten Superintendan P M Sundra dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Pilah, Asisten Superintendan Azhar Abu Hashim.

Ayub berkata, polis akan sentiasa memantau kegiatan kongsi gelap dari semasa ke semasa.

Jelasnya, tahanan di bawah LLPK itu boleh ditahan sehingga tempoh dua tahun dan boleh dilanjutkan (mengikut syarat).

Menurutnya, lima daerah dikenal pasti aktif dalam kegiatan kongsi gelap iaitu Seremban, Nilai, Port Dickson, Tampin dan terbaru dikesan di Jempol.

Ayub berkata, barang kes narkotik melibatkan pelbagai jenis dadah bernilai RM20,429 dianggarkan seberat 351.87 gram telah dilupuskan melalui pembakaran.

“Barang kes itu dirampas daripada pengedar dadah dari 2013 hingga 2015 dan telah selesai prosiding di mahkamah di mana pengedar telah disabitkan bersalah serta dihukum.

“Dadah berkenaan ialah heroin seberat 26.63 gram, syabu 26.54 gram, ganja 61.70 gram, pil eramin 5 berjumlah dua gram dan ketum sebanyak 235 gram,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");